28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Lesen borong BPI elak peniaga naikkan harga makanan – KPKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEBENARAN pembelian beras putih import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 bagi setiap 50 kilogram (kg) kepada persatuan-persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil bertujuan mengelakkan kenaikan harga makanan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, melalui kaedah tersebut, peniaga dapat mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi yang dijual tidak dinaikkan harga.

“Dalam hal ini, KPKM mengambil langkah tersebut untuk mengimbangi keperluan beras bagi tujuan perniagaan dan kegunaan isi rumah dalam tempoh permintaan yang tinggi kepada bekalan BPT pada masa ini.

“Persetujuan ini telah dicapai melalui sesi libat urus di antara KPKM dan persatuan-persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil pada 15 September,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin mencadangkan supaya harga siling beras putih tempatan dinaikkan kepada RM34 setiap 10kg dan kebenaran pembelian beras putih import dengan harga borong oleh pengusaha restoran.

Sementara itu, berkait dengan cadangan untuk menaikkan harga beras putih tempatan, KPKM ingin memaklumkan bahawa harga beras tersebut di peringkat runcit masih dikawal.

“Ia dijual pada kadar RM2.60 sekilogram sebagaimana yang tertakluk di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan No.4) 2008, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan