26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tiga sekawan dihempap pokok ketika mandi air terjun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA sekawan berdepan detik cemas apabila dihempap sebatang pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek, Kuala Kubu Bahru di Hulu Selangor, hari ini.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 11.59 pagi itu telah mengakibatkan mereka mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada awam melaporkan mengenai insiden tersebut pada jam 11.59 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan itu sepasukan anggota bomba dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bahru digerakkan ke air terjun itu untuk tindakan lanjut.

“Sebaik tiba di lokasi berkenaan laporan awal yang diterima mendapati sebatang pokok setinggi 10 meter telah tumbang.

Advertisements

“Pokok berkenaan telah menghempap tiga rakan kenalan yang datang dari Shah Alam yang ketika itu sedang bermandi-manda di air terjun tersebut.

“Insiden itu telah mengakibatkan ketiga-tiga mangsa yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki tersepit di bawah pokok tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa pertama yang dikenalpasti sebagai Khairunnisa Khaiyazi, 24, mengalami kecederaan parah di pergelangan kaki kanan, pinggang dan muka.

“Bagaimanapun, dua mangsa lain, Amirul Wahyudin Mohd Din 24, mengalami kecederaan pada siku kanan, bahu kanan, belakang badan manakala Amirah Batrisyia Adam Khan 21, mengalami kecederaan ringan pada kaki kiri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan