27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kerana dendam, pemandu lori cedera diserang lelaki

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERANA dendam lama, seorang pemandu lori mengalami kecederaan selepas diserang oleh seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku di Pandan Perdana, Ampang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa pada jam 4.15 petang menyatakan telah menerima mesej WhatsApp daripada mangsa bahawa dia telah diserang oleh suspek yang mengunakan objek tajam.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang berumur 43 tahun telah mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan dua kesan tetakan di belakang badan dan telah dikejarkan ke Hospital Ampang serta menerima rawatan lanjut.

“Siasatan awal polis di lokasi mendapati, mangsa telah diserang dan dicederakan oleh suspek ketika berada di rumah lamanya di Pandan Perdana untuk mengambil surat,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Menurut Mohd Azam, bertindak atas laporan pengadu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang menahan suspek yang bekerja sebagai pengutip sampah di dalam kereta berhampiran Taman Setapak Jaya, di sini, pada jam 12.30 pagi semalam.

Advertisements

Tambah beliau, pemeriksaan ke atas suspek berusia 28 tahun itu membawa kepada rampasan sehelai baju berwarna putih dan sebilah parang berhulu hitam yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Semakan polis juga mendapati suspek memiliki 10 rekod lampau kesalahan jenayah sementara ujian awal saringan air kencing juga disahkan positif dadah jenis Methaphetamine, Amphethamine, THC.

“Siasatan mendedahkan punca kejadian adalah dipercayai akibat dendam lama yang mana suspek mendakwa mangsa bersama beberapa rakannya telah memukul dia sebelum ini,”katanya.

Berikutan itu, Mohd Azam berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun keseksaan kerana cubaan bunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika ia menyebabkan cedera hendaklah pemenjaraan yang boleh sampai 20 tahun,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan