26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Malaysia kekal di kedudukan ke-36 dalam GII –  MOSTI

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA kekal di tangga ke-36 dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII) 2023 yang telah dikeluarkan World Intellectual Property Organization (WIPO) di Geneva, Switzerland.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, negara mencatat peningkatan skor keseluruhan kepada 40.9 berbanding 2022 (38.7).

Bagi negara ASEAN pula katanya, Malaysia kekal berada di tempat kedua selepas Singapura.

“Malaysia menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dari kalangan 36 negara berpendapatan pertengahan dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022. 

“Negara juga berjaya mengekalkan kedudukan pertama bagi dua sub-indikator iaitu High-tech exports dan Creative goods exports serta melonjak ke kedudukan pertama bagi sub-indikator Graduates in science and engineering,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Secara keseluruhannya, Malaysia telah menunjukkan peningkatan bagi lima daripada tujuh tonggak berbanding 2022 iaitu institutions (29 berbanding 34), human capital and research (32 berbanding 38), market sophistication (18 berbanding 26), business sophistication (36 berbanding 41) dan knowledge and technology outputs (37 berbanding 39).

Menurut Lih Kang, peningkatan prestasi Malaysia dalam GII antara lainnya didorong oleh pelbagai inisiatif yang dilaksanakan Jawatankuasa Inter-Agensi Pemantauan Daya Saing GII di bawah kementerian itu melalui Pendekatan Keseluruhan Kerajaan.

MOSTI melihat prestasi Malaysia di dalam GII bukanlah sekadar satu alat pengukur, tetapi turut merupakan satu panduan yang memberikan kita gambaran menyeluruh tentang keupayaan inovasi negara. 

“Ia memberi tumpuan kepada faktor-faktor penting yang mendorong dan menyokong proses inovasi, termasuklah penyelidikan dan pembangunan, keusahawanan, infrastruktur teknologi dan pelbagai bidang tumpuan yang memerlukan intervensi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan