31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

MITI cadang insentif beli motosikal elektrik untuk B40

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengemukakan cadangan pemberian insentif pembelian kenderaan elektrik (EV) khususnya untuk motosikal dalam Belanjawan 2024 bagi menggalakkan perkembangan industri itu di Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Hanafi Sakri, berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dan ia akan tertumpu kepada pemilik kenderaan daripada kumpulan B40.

“Kita mengharapkan keputusan yang positif. MITI berharap MoF dapat memberi sokongan kepada pembangunan industri EV negara dan di dalam konteks ini untuk motosikal,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Pameran Mobiliti Elektrik Antarabangsa 2023 (IEMS 2023) di sini, semalam.

Mengenai pembangunan industri EV secara keseluruhan, Hanafi berkata kerajaan telah menyediakan banyak insentif pada tahun 2022 dan 2023 untuk pembangunan industri terbabit sama ada daripada segi permintaan dan juga penawaran perkhidmatan berkenaan.

Advertisements

Beliau berkata, pasaran EV beroda dua di Malaysia masih berada di tahap rendah, iaitu kurang daripada satu peratus.

Sehubungan itu, MITI berharap inisiatif yang dilakukan termasuk cadangan yang dikemukakan bagi Belanjawan 2024, akan mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia.

“Fokus kita sekarang lebih tertumpu kepada kenderaan empat roda atau kereta. Justeru, MITI mengembangkannya kepada motosikal dan kenderaan perdagangan,” katanya.

Malaysia menyasarkan kira-kira 10,000 stesen pengecas menjelang 2025, terdiri daripada 1,000 unit jenis arus terus dan 9,000 unit jenis arus ulang-alik atau pengecasan perlahan. -Bernama

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan