36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Piala AFF: Malaysia menang tipis ke atas Thailand

Gol tunggal skuad negara dijaringkan oleh Faisal Halim pada minit ke-12 yang juga merupakan hadiah harijadi yang ke-25 bagi pemain tersebut.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HADIAH buat Malaysia apabila Harimau Malaya melakar kemenangan berharga selepas menundukkan Thailand 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Aksi skuad negara wajar diberikan pujian kerana berjaya mengekalkan tempo perlawanan sehingga minit akhir selepas berjaya mengekang asakan bertali arus Thailand untuk memastikan gawang tidak dibolosi.

Dalam separuh masa pertama, skuad bimbingan Kim Pan Gon tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila penyerang lincah, Faisal Halim menyudahkan umpanan V Ruventhiran pada minit ke-11.

Susulan daripada gol pertama itu, Thailand terus menggandakan asakan namun dinafikan penyudah yang tumpul.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, Thailand terus mengasak ke kubu negara namun menemui jalan buntu.

Harimau Malaya dilihat lebih banyak bertahan bagi memastikan kelebihan satu gol terus kekal.

Keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat ditiupkan.

Biarpun keputusan itu dilihat tipis namun ia boleh dibanggakan kerana mampu bertahan di saat akhir perlawanan.

Penentuan pasukan yang layak ke perlawanan akhir akan ditentukan dalam separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Bangkok.

Harimau Malaya akan berkunjung ke Stadium Thammasat, Bangkok pada 10 Januari ini dengan kelebihan satu gol.

Sementara itu, Faisal yang telah menjaringkan empat gol dalam Piala AFF 2022 berkata, kemenangan skuad negara adalah kejayaan seluruh pasukan, pasukan jurulatih dan para penyokong semua.

Pemain Terengganu FC yang akan beraksi untuk Selangor FC musim depan berkata, beliau akan melakukan terbaik untuk 90 minit lagi di Bangkok nanti dan mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia.

“Kita akan melakukan yang terbaik di Bangkok nanti. Doa seluruh rakyat Malaysia diperlukan,” katanya ketika ditemu bual Astro Arena. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan