33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Haramkan jualan arak di premis runcit selepas 10 malam

Pengharaman itu bagi memelihara generasi muda daripada terjebak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan sia-sia.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN diminta agar mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam.

Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao Krishnan Naidu berkata, pengambilan arak selepas waktu larut malam biasanya akan berlebihan sekali gus menyebabkan risiko berlakunya kejadian seperti kemalangan jalan raya, pergaduhan dan jenayah.

“Selain itu, pengharaman itu bagi memelihara generasi muda daripada terjebak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan sia-sia serta boleh membahayakan diri sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin itu menyifatkan langkah pengharaman penjualan arak pasti akan memberi kesan jangka panjang lebih baik kepada masyarakat dan keluarga.

“Ini kerana setiap individu akan terpelihara daripada bahaya pengaruh alkohol yang amat membimbangkan,” kata beliau.

Menurutnya, kerajaan tempatan boleh mengenakan larangan berkenaan kepada premis jualan runcit yang beroperasi selama 24 jam dalam kawasan seliaannya sebagai permulaan kepada langkah berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Ramesh Rao berharap usaha itu akan dapat meningkatkan lagi kualiti kehidupan sosial dalam komuniti semua rakyat daripada semua lapisan masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan harmoni. – BERNAMA

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan