34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kita penuhkan Dataran Merdeka – DBKL

DBKL akan menyediakan layar gergasi agar peminat dapat merasai kemeriahan perlawanan itu secara langsung.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMINAT Harimau Malaya yang tidak berpeluang memiliki tiket separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Thailand tidak perlu kecewa.

Ini kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengajak para peminat dan penyokong Harimau Malaya agar membanjiri Dataran Merdeka, malam ini.

Menurut DBKL, pihaknya akan menyediakan layar gergasi agar para peminat dapat merasai kemeriahan perlawanan itu secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

“Anda mungkin antara yang terlepas tiket perlawanan separuh akhir perlawanan antara Harimau Malaya dan Gajah Perang malam ini.

“Tak mengapa… DBKL akan bawakan siaran langsung perlawanan ini di layar gergasi di Dataran Merdeka.

“Ayuh Malaysia… turun dan bagi sokongan jitu dan padu anda kepada Harimau Malaya di Dataran Merdeka. Jika SBNJ telah penuh…kita penuhkan Dataran Merdeka,”katanya.

Selain di Dataran Merdeka, difahamkan terdapat 13 lokasi lain di seluruh negara turut menyediakan skrin besar bagi membolehkan orang ramai tidak terlepas peluang menyaksikan perlawanan tersebut.

13 lokasi lain ialah di Perbadanan Putrjaya, Putrajaya; Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang; Meow Garden, Ulu Kinta, Perak; Laman MBPJ Petaling Jaya; Dataran Kemerdekaan Shah Alam; Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang dan Dataran Stadium Kajang.

Lokasi lain ialah Dataran Tanah Slesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam; Kompleks Belia dan Sukan Paroi; Restoran Al Marjan MITC, Ayer Keroh; Dewan Bandaraya Kuantan; MYDIN Petrajaya, Kuching dan Padang Merdeka, Kota Kinabalu di Sabah.

Sepak mula dijangka bermula 8.30 malam. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan