30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Menara komunikasi terjejas akibat vandalisme, kecurian – SKMM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HAMPIR 600 penduduk Kampung Sungkup, Kedah mengalami masalah liputan selepas menara telekomunikasi yang disediakan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang terletak berhampiran diceroboh.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerusi kenyataan berkata, kejadia disedari penduduk kampung Ahad lalu selepas mendapati terdapat kesan vandalisme termasuk kabel dipotong dan peralatan dicuri.

“Pejabat SKMM Kedah pada hari sama telah bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat tinjauan bersama pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik menguruskan menara berkenaan.

“Laporan polis turut dibuat oleh penyedia perkhidmatan. SKMM sedang mempertimbangkan beberapa langkah untuk memulihkan kembali perkhidmatan telekomunikasi di sekitar Kampung Sungkup,” katanya hari ini.

Menara telekomunikasi tersebut menyediakan perkhidmatan telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile melalui kaedah perkongsian 4G MOCN (Rangkaian Teras Operator Berbilang).

Advertisements

SKMM berkata, perbuatan khianat tersebut telah menyebabkan perkhidmatan kesemua rangkaian tersebut tidak dapat beroperasi.

“Orang awam dimohon segera melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat atau melihat sebarang aktiviti mencurigakan berhampiran tapak infrastruktur telekomunikasi.

“Perbuatan merosakkan kemudahan telekomunikasi boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM300,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 235, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SKMM pada masa sama akan turut meningkatkan kerjasama dengan penduduk, polis dan pihak berkuasa tempatan untuk mencegah sebarang cubaan menceroboh menara telekomunikasi,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan