27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pindaan tafsiran JPA manfaat 40,982 pegawai kontrak KKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PINDAAN tafsiran pegawai bagi lantikan secara sementara atau kontrak (contract of service) membantu pegawai perubatan membuat pelbagai tuntutan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menyambut baik keputusan yang telah diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Pindaan tafsiran ini memberi peluang kepada semua pegawai lantikan sementara dan kontrak di KKM untuk memohon tuntutan.

“Ini termasuk Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal, Kemudahan Tambang Ihsan serta Tambang Mengiringi Jenazah dan Mengurus Pemindahan Barang yang sebelum ini hanya layak dituntut pegawai berstatus tetap sahaja,” katanya, semalam.

Advertisements

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr. Zukapli Mohamed menerusi surat edara bertarikh 9 Oktober lalu mengumumkan pindaan tafsiran pegawai bagi Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pegawai Bertukar Wilayah.

Tafsiran sedia ada sebelum ini menyatakan ia hanya tertakluk kepada pegawai tetap sahaja namun pindaan tafsiran baharu turut meliputi pegawai yang dilantik secara sementara atau kontrak (contract of service).

Zaliha berkata, keputusan tersebut akan memanfaatkan 40,982 pegawai lantikan kontrak di KKM yang meliputi 21 skim perkhidmatan.

“Keputusan ini juga membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan penjawat awam termasuk pegawai-pegawai lantikan secara sementara dan kontrak di KKM,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan