25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

UMNO perlu jadi parti dominan, bukan tempel-tempelan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO perlu menjadi sebuah parti dominan dan bukan lagi parti tempel-tempelan, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Justeru, beliau berkata, parti itu perlu kembali berkuasa menerusi kemenangan secara majoriti besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“UMNO mesti jadi parti dominan, UMNO boleh menang dalam pilihan raya, kita berkuasa, baru kita boleh bercakap kepada orang, kalau tidak kita hanya sembang sahaja, akhirnya kita bergaduh sesama kita.

“Tidak guna kalau kita tidak menang, kita tidak menjadi kerajaan, kita hanya menjadi parti tempel-tempelan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutup Bengkel Pengukuhan Kepimpinan dan Jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO Negeri Kedah di Padang Terap, petang semalam.

Jelas Mahdzir, ahli-ahli UMNO perlu mengambil pengajaran yang berlaku terhadap Parti Golkar di Indonesia yang kini menjadi parti tempelan selepas tewas dalam pilihan raya pada tahun 1998.

“Mereka jatuh lebih awal daripada UMNO, mereka jatuh pada tahun 1998, hari ini 2022, Golkar telah bertanding lima kali dalam pilihan raya Indonesia, Golkar pernah jadi Presiden, Bung Karno dari Golkar, Suharto dari Golkar, Habibi dari Golkar.

Baca juga:   Najib kecewa TH Plantations teruskan rancangan jual ladang

“Selepas itu Presiden-presiden yang datang bukan lagi dari Golkar termasuk Pak Jokowi yang jadi Presiden Indonesia sekarang dari Parti PDI-Perjuangan, di mana Golkar yang seumur dengan UMNO, Golkar telah menjadi parti tempel-tempelan, Golkar telah menjadi parti peminta sedekah kepada kerajaan yang ada,” katanya.

Baca juga:   UMNO tangguh pemilihan semua peringkat 18 bulan

Tambah Mahdzir, UMNO perlu senada dan sederap di semua peringkat untuk mencapai optik menang pada PRU-15 nanti tanpa dimomokkan dengan cerita wujudnya beberapa puak di peringkat kepimpinan tertinggi parti itu.

“Saya duduk bersama Datuk Seri Zahid, saya duduk dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, Datuk Mat Hassan, Khaled Nordin, duduk 5 orang, kita tak nak pun timbul soal nak pecah belahkan UMNO ni.

“Orang lain seronok di luar sana kalau boleh pecah belahkan UMNO ini, puak ini satu kumpulan, puak itu satu kumpulan, mereka boleh cari makan kalau berpecah belah, sebab itu saya katakan pilihan raya lepas ini kita kena ada satu kumpulan sahaja, kumpulan itu namanya UMNO,” katanya.

Sebelum ini kata Mahdzir, ramai yang beranggapan bahawa UMNO akan kekal menjadi pembangkang sehingga tahun 2023 selepas tewas pada PRU-14 dan akan berdepan PRU-15 sebagai pembangkang.

Namun katanya, takdir Allah telah mengubah senario politik negara sehingga membolehkan UMNO kembali berkuasa dan bakal berdepan dengan PRU-15 bukan sebagai pembangkang.

Justeru tegas Mahdzir, UMNO tidak boleh bermegah-megah dan sombong dengan kuasa yang dipegang kini bukan dengan angka majoriti.

“Kita kena menang pilihan raya kali ini kalau nak terus jadi kerajaan, kita kena cukup kerusi untuk bentuk kerajaan, kalau tidak cukup kerusi kita akan kembali jadi pembangkang,” katanya.

Baca juga:   UMNO tak tolak kemungkinan bentuk kerajaan Perak bersama PH
Baca juga:   Kerajaan Melaka tumbang, 4 ADUN umum tarik sokongan

Sehubungan dengan itu, beliau turut menyeru agar ahli-ahli UMNO tidak hilang fokus dan terus memperkuatkan parti serta menilai kemampuan parti dalam menghadapi PRU-15. – Edisi 9

Terkini

Hapus kuasa veto, netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke -77 di...

Lagi Artikel Berkaitan