25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Fungsi radio akan terus relevan – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

FUNGSI radio dilihat akan terus relevan dalam masyarakat dan disaran untuk dapat menyebarkan informasi terkini dari masa ke masa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, radio bukan sahaja merupakan sebahagian gaya hidup, tetapi keperluan seharian yang amat penting dalam kehidupan masa kini.

Menurut beliau lagi, Malaysia merupakan antara negara kolonial British terawal menggunakan teknologi radio.

“Malah pada pra dan pascamerdeka juga, radio menjadi medium penting untuk rakyat mendapatkan maklumat semasa pada masa itu, dan melalui radio jua kita mengumpulkan semangat-semangat pejuang dalam mempertahankan tanah air.

“Kini, radio menjadi nadi aspirasi di kala pagi, peneman di kala tengahari dan hiburan di kala petang, saat Keluarga Malaysia memandu pulang, radio juga menjadi rakan yang akrab disisi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga:   Hubungan dua hala Malaysia, Singapura terus diperkukuhkan - PM

Perdana Menteri turut menyatakan bertemakan Radio dan Keyakinan, beliau mengucapkan Selamat Hari Radio Sedunia bagi tahun 2022.

“Teruskan menyebarkan informasi terkini kerana fungsi radio terus relevan sampai bila-bila,” katanya.

Hari Radio Sedunia disambut pada setiap 13 Februari setiap tahun bagi menghargai peranan lebih 100 tahun radio sebagai medium penyampai maklumat selain menjadi platform hiburan dan industri muzik di seluruh dunia.

Sempena sambutan tahun ini, Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (UNESCO) mengangkat tema evolusi, inovasi dan kesalinghubungan.

Baca juga:   Datuk Bandar PBT direman bantu siasatan rasuah

-EDISI9

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan