Thursday, June 4, 2026

COVID-19: 5,162 kes baharu, 6 negeri catat Rt lebih 1.0

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES harian COVID-19 di negara ini menunjukkan trend penurunan apabila sejumlah 5,162 kes direkodkan hari ini berbanding 5,809 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,546,309 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Angka penularan COVID-19 di negara ini kembali di bawah 6,000 kes selepas melepasi angka berkenaan tiga hari berturut-turut sejak Rabu lalu.

Terdahulu, Noor Hisham berkongsikan di media sosialnya kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes harian semalam untuk seluruh negara adalah 1.05.

Enam negeri menunjukkan Rt melebihi 1.0 di mana Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi sebanyak 1.20 diikuti Selangor (1.04); Negeri Sembilan (1.03); Pahang (1.01) dan Kelantan (1.00).

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan