34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Fara Fauzana positif Covid-19, kongsi kisah di Instagram

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENYAMPAI radio Hot FM, Fara Fauzana disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah sejak Isnin lalu. 

Fara menerusi akaun Instagram miliknya berkata, dia menjalani ujian saringan selepas menjadi kontak rapat kepada seorang individu. 

“Hari kelima selepas kali terakhir jumpa kontak rapat sila buat ujian saringan di hospital atau klinik yang berdaftar, self test takut tak dapat keputusan yang betul. 

“Masa hari saya nak buat ujian saringan saya dah mula batuk dan pening kepala. Nak tunggu keputusan agak mendebarkan, walhal dah selalu buat ujian saringan.  Saya kena tunggu 24 jam dan hari esoknya baru pihak hospital hubungi untuk beritahu keputusan,” katanya hari ini. 

Fara menjelaskan, dia pada mulanya enggan berkongsi berita dirinya positif wabak berjangkit itu, namun disebabkan kes Covid-19 semakin meningkat dia ingin memberi kesedaran kepada orang ramai. 

“Mula-mula tak nak kongsi tapi bila fikir kes makin naik, marilah kita saling ingat-mengingati lagi dan lagi. 

“Sebaik dapat tahu diri positif Covid-19, kita kena terus hubungi siapa kontak rapat yang kita jumpa tiga hingga lima hari sebelum kita jalani kuarantin di rumah untuk keselamatan. 

“Jangan takut untuk maklumkan pada mereka yang kita positif dan minta mereka buat ujian saringan dan jalani kuarantin di rumah jika perlu.

“Tiga hari sebelum saya positif Covid-19, jika agak kacau dan sensitif lain macam. Waktu ini jangan nak buat lawak sangat dengan orang kena Covid-19, isu lambat pun boleh jadi hal tapi sekarang dah okey,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan