29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Mangsa nikah sindiket Lebai Lah diminta tampil

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) mahu mana-mana individu yang bernikah menggunakan khidmat Lebai Lah Kuala Krai supaya berhubung dengan agensi berkenaan untuk mengesahkan pendaftaran pernikahan mereka mengikut hukum syarak atau sebaliknya.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, ia susulan penahanan bekas imam itu yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa menerusi satu serbuan pada 28 Oktober lalu.

“Semasa serbuan dilakukan, Jaheaik telah merampas beberapa dokumen berkait dengan perkahwinan seperti borang dari Thailand,” katanya pada sidang media di Pejabat Jaheaik, Lundang, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati perkhidmatan yang ditawarkan oleh Lebai Lah berbentuk sindiket.

Beliau berkata, pihaknya bimbang perkahwinan yang dijalankan oleh bekas imam itu tidak sah mengikut hukum syarak dan undang-undang sekali gus boleh memberikan kesan negatif.

Che Mohd Rahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sudah ramai pasangan yang mendapatkan perkhidmatan Lebai Lah untuk berkahwin termasuklah dari luar Kelantan.

“Kebanyakan sindiket nikah ini mempunyai rangkaian dengan Thailand.

Sebelum ini kami telah berjaya menumpaskan sindiket nikah dikenali ‘Imam Wahab’ di Rantau Panjang; Imam Che Mud di Machang dan ‘bekas Imam Muda’ di Ketereh.

“Hal ini kerana sindiket nikah berkenaan tidak mempunyai kelayakan sebagai wali hakim,” katanya.

Menurutnya, kumpulan ini akan mengenakan bayaran sekitar RM2,000 hingga RM3,000 berbanding kos sebenar hanya RM125.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan