25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Penjawat awam Kedah dapat bonus RM1,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENJAWAT awam dan anggota pentadbiran Kedah akan menerima bantuan khas sebanyak RM1,000 seorang.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pemberian bonus itu diharap dapat menyuntik semangat penjawat awam negeri untuk terus meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan penjawat awam negeri, kerajaan bersetuju meluluskan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 seorang kepada semua penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022.

Sanusi berkata, pentadbirannya sentiasa memberi keutamaan kepada kecemerlangan institusi masjid, oleh itu RM3.5 juta diperuntukkan kepada Majlis Agama Islam (MAIK).

Menurutnya, RM11.6 juta diperuntukkan untuk pembayaran elaun pegawai di 578 masjid dan RM0.5 juta untuk tabung pegawai masjid.

Pengumuman itu menyusul pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 kepada kakitangan masjid, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menerusi Bajet 2022 kerajaan persekutuan.

“Sebanyak RM3 juta juga akan digunakan untuk menaik taraf masjid dan surau. Kerajaan merancang membina lima surau baharu pada 2022.

Selaras usaha memartabatkan pendidikan Islam, beliau mengumumkan peruntukan RM5.3 juta bagi membiayai kos operasi 141 tadika Islam yang melibatkan 1,664 murid dan 124 guru.

“Selain itu, kelas KAFA yang dikendalikan 440 guru akan menerima peruntukan sebanyak RM1.208 juta. Kerajaan akan terus menaik taraf kelas-kelas pendidikan rendah Islam setiap tahun dan bagi 2022, kerajaan negeri menyediakan RM0.5 juta bagi maksud tersebut,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan