33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Nahas kereta dan bas, dua lelaki maut, dua lagi cedera

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki maut, manakala dua lagi cedera setelah kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah bas di Jalan Degong, Kampar, Perak, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 6.09 pagi dengan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Persona dinaiki empat lelaki dan sebuah bas transit awam.

“Operasi menyelamatkan dua mangsa tersepit yang duduk pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan segera dijalankan menggunakan peralatan menyelamat.

“Kedua-dua mangsa yang parah bagaimanapun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya hari ini.

Menurutnya, dua lagi lelaki yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta cedera manakala pemandu dan penumpang bas pula terselamat.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 7.40 pagi,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Rancang pembangunan saksama di semua negeri – Sultan Ibrahim

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan yang saksama diberikan kepada semua bandar di...

Lagi Artikel Berkaitan