31 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Lima produk kosmetik dikesan ada racun berjadual – KKM

Produk berkenaan ialah Karisma Birds Nest Gel yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin; Haemun Cream mengandungi Miconazole serta tiga lagi produk mengandungi merkuri iaitu Sweet 13 Skincare Treatment Cream, Ninaskincare Skin Puteh Moisturizer dan Skin Dessert Cream.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk berkenaan ialah Karisma Birds Nest Gel yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin; Haemun Cream mengandungi Miconazole serta tiga lagi produk mengandungi merkuri iaitu Sweet 13 Skincare Treatment Cream, Ninaskincare Skin Puteh Moisturizer dan Skin Dessert Cream.

Susulan itu menurut beliau, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan miconazole adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Baca juga:   Eina Azman, suami dapat suntikan vaksin atas rujukan pakar

Manakala menurut beliau penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Anti-fungal (miconazole) yang diguna secara tidak terkawal pula boleh meningkatkan risiko kerintangan dan seterusnya mengurangkan keberkesanannya untuk merawat jangkitan pada masa hadapan.

Baca juga:   Harga kit ujian kendiri COVID-19 turun di bawah RM10

Manakala, bahan merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.

“Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan penjual dan pengedar produk-produk kosmetik tersebut untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

“Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Manakala menurut beliau, orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik berkenaan dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Baca juga:   Kerajaan meterai surat akujanji beli ubat antiviral Molnupiravir

Sehubungan itu, orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Baca juga:   Pengawal keselamatan songsang dicekup cuba liwat pelajar lelaki

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tak serik didakwa kali ketiga curi pakaian, seluar dalam lelaki

SEORANG wanita yang juga ibu tiga anak tidak serik-serik apabila dia sekali lagi dituduh atas kesalahan serupa iaitu mencuri...

Lagi Artikel Berkaitan