33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Op Kenderaan Perdagangan: 95 saman dalam tempoh dua jam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) telah mengeluarkan sebanyak 95 saman dalam tempoh dua jam bagi Op Kenderaan Perdagangan, di dua lokasi, pagi ini.

Dalam satu perkongsian JSPT KL di Facebook, operasi berkenaan diadakan di Jalan Sentul menghala ke Jalan Ipoh dan juga di Lebuhraya DUKE dengan kekuatan penugasan seramai seorang pegawai dan 13 anggota bermula pukul 7 pagi hingga 9 pagi.

“Jumlah keseluruhan saman yang dikeluarkan kepada pemandu-pemandu yang tidak mengikut peraturan adalah sebanyak 95 helai saman Pol 257.

“Antara kesalahan saman yang dikeluarkan adalah memandu di waktu laluan terhad, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan dan lain-lain kesalahan,” kongsinya hari ini.

Sementara itu, Ketua JSPT KL, ACP Sarifudin Mohd Salleh mengingatkan kepada semua pemandu dan pengusaha lori untuk terus akur dengan peraturan dan undang-undang.

Baca juga:   Rapid Rail kenal pasti punca gangguan komponen elektronik

“Implikasi memandu di waktu laluan terhad dan membawa muatan berat secara bahaya adalah menyumbang kepada kecelakaan jalan raya disebabkan sikap tamak dan kepentingan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan aspek keselamatan jalan raya.

Menurutnya, JSPT KL akan terus komited dan meneruskan tindakan penguatkuasaan seumpama ini serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang berdegil dan ingkar dengan peraturan dan undang-undang.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

KJ ingatkan UMNO, cerita ‘Bossku’ belum tamat, jangan pandang ringan ‘suara dari penjara’

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengingatkan ahli UMNO bahawa pengaruh Datuk Seri Najib Tun Razak masih kuat dalam...

Lagi Artikel Berkaitan