32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pembukaan sempadan Johor-Singapura, MB tinjau persediaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JOHOR dengan bantuan kerajaan pusat sedang membuat segala persiapan yang termampu untuk memastikan keselesaan rakyat Johor, Malaysia dan Singapura apabila sempadan dibuka nanti.

Perkara berkenaan dikongsikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, beliau, telah mengadakan mesyuarat penyelarasan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar bagi melihat persediaan pembukaan semula sempadan negara berkenaan.

“Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat bersama. Saya juga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) untuk membincangkan perkara ini.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita,” katanya hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz mengadakan pertemuan dengan Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru, Jeevan Singh, malam tadi.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri mengumumkan sempadan negara akan mula dibuka pada 1 April ini.

Keputusan itu bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberi keselesaan kepada pengembara dengan tidak merumitkan perjalanan mereka.

Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Hasni Mohammad, turut menggesa kerajaan memuktamadkan segera prosedur operasi standard (SOP) perjalanan ulang-alik harian ke Singapura menjelang pembukaan sempadan negara pada 1 April depan.

Kira-kira 400,000 rakyat Johor berulang-alik ke Singapura setiap hari bagi bekerja di pelbagai sektor di republik itu

Bagaimanapun, kurang separuh daripada jumlah itu masih tinggal dan bekerja di Singapura susulan penutupan sempadan negara mulai 18 Mac 2020.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan