31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Wisma Putra hantar surat ke negara asing guna Bahasa Melayu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar memaklumkan Wisma Putra akan mula menghantar surat rasmi ke negara lain menggunakan Bahasa Melayu.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga akan terus menggunakan Bahasa Melayu dalam mesyuarat dan pertemuan antarabangsa, termasuk sidang kemucak ASEAN dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya, ia selaras dengan kerangka dasar luar Malaysia serta menyokong hasrat dan cita-cita Perdana Menteri yang mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

“Bagi penggunaan Bahasa Melayu di mesyuarat yang dihadiri Perdana Menteri, ini akan diteruskan, termasuk dua mesyuarat besar yang akan dihadiri beliau tahun ini, iaitu sidang kemuncak ASEAN dan ucapan beliau di Perhimpunan Agung PBB.

“Kami juga akan secepat mungkin mula menghantar surat dari Kementerian Luar ke pihak negara asing menggunakan Bahasa Melayu, dan disediakan dengan terjemahan yang bersesuaian dengan mereka,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Ujar Saifuddin lagi, penghantaran surat ke negara lain menggunakan bahasa kebangsaan adalah amalan biasa bagi kebanyakan negara.

Sebagai contoh menurutnya, negara Arab menghantar surat ke Wisma Putra menggunakan bahasa Arab, dan disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

“Kami akan memulakan, misalnya menghantar surat atau perutusan ke negara Arab menggunakan Bahasa Melayu dan ia akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab,” katanya.

Advertisements

Malah menurut beliau, pihaknya juga sudah memulakan usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu laras bidang perhubungan antarabangsa dalam kalangan diplomat negara.

Kementerian Luar juga katanya memberi fokus untuk meningkatkan penguasaan diplomat negara bagi lima bahasa yang digunakan di PBB, iaitu Bahasa Arab, Mandarin, Perancis, Russia dan Sepanyol, selain Bahasa Inggeris.

“Kami sudah ada penutur bagi kelima-lima bahasa itu, tetapi kita perlu meningkatkan jumlah dan kualiti penutur dalam kalangan pegawai diplomat negara.

“Antara langkahnya ialah sebelum diploma itu dihantar ke negara tertentu, misalnya negara Arab, kita pastikan mereka mengikuti kursus dan menguasai tahap minimum Bahasa Arab, atau mengutamakan pegawai yang menguasai bahasa itu,” katanya.

Saifuddin turut menyatakan pihaknya turut meneliti keperluan menubuhkan Unit Penterjemah di Wisma Putra, selain mencadangkan diwujudkan jawatan Atase Bahasa dan Kebudayaan.

“Selain itu, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) telah bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menterjemah istilah diplomatik daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, dan akan menerbitkan buku istilah diplomatik dalam Bahasa Melayu sebagai panduan untuk diplomat kita,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan