26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tiada kluster baharu dilaporkan, 22,491 kes baharu harian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan baharu COVID-19 negara mencatatkan angka melebihi 20,000 kes buat dua hari berturut-turut selepas merekodkan 22,491 kes pada Rabu.

Bagaimanapun, tiada kluster baharu dilaporkan meskipun jumlah kes masih agak tinggi dengan kluster aktif kini berjumlah 273 kluster.

Pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini melebihi 4.05 juta kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu, 22,109 kes melibatkan jangkitan tempatan, manakala 382 adalah kes import.

Menurut beliau, sebanyak 22,326 kes (99.27%) adalah kategori satu dan dua.

“Manakala 165 kes (0.73%) adalah kategori 3, 4 dan 5.

“Sebanyak 332 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 189 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Jumlah kes sembuh pada Rabu pula adalah berjumlah 26,234 kes,” katanya menerusi kenyataam media hari ini.

Sementara itu, katanya, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.90, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.03.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan