31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MoU gagal, tiba masa kerajaan gerak ke hadapan – Tok Mat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang telah gagal berfungsi seperti yang diharapkan.

Justeru itu, beliau berpandangan, kerjasama Kerajaan dan Pembangkang perlu dinilai semula dan telah tiba masanya Kerajaan bergerak ke hadapan dan tidak perlu lagi menunggu MoU tersebut matang pada Julai ini.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter hari ini, susulan sesi Dewan Rakyat semalam menyaksikan usul Kerajaan untuk melanjutkan, antara lain, peruntukan seksyen 4(5) SOSMA 2012 telah gagal diluluskan, berdasarkan kiraan undi majoriti mudah.

Mohamad berkata, kegagalan usul ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.

“Ini menunjukkan sikap sambil lewa, bahawa rang undang-undang sepenting ini tidak di uruskan dengan strategik sebelum dibentangkan.

“Ini agaknya, semua beranggapan bahawa sudah wujud persefahaman yang jelas antara Kerajaan dan Pembangkang dalam hal-hal atau usul-usul yang melibatkan reformasi undang-udang dan dasar khususnya seperti yang dizahirkan dalam Perkara 3 Memorandum Persefahaman antara Kerajaan dan Pembangkang.

“Semua yang berlaku ini menunjukkan dengan jelas bahawa kerjasama dan persefahaman Kerajaan dan Pembangkang sebenarnya sangat sukar untuk diuruskan dengan berkesan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Kerajaan yang terbentuk, bertahan dan berfungsi menggunakan mekanisme MoU sebegini adalah sangat berisiko.

“Apa lagi bila Pakatan Harapan sebenarnya adalah pihak yang tidak boleh di percayai dan memang dah jadi kebiasan mereka untuk memungkiri janji.

“Sesi Parlimen petang semalam terbukti mereka tidak teragak-agak untuk melanggar pendirian dan janji mereka.

“Saya percaya, semua ini memberi tamparan hebat kepada Kerajaan dan suatu peristiwa yang sangat memalukan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan