27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pelatih AMD dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Baling

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Ketil berdekatan Kampung Padang Temu, Baling,petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Penguasa Kanan I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa dikenali Muhammad Saiful Ezzudin Mustafa, 14, dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus sungai tersebut kira-kira 1 tengah hari.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.11 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling bergegas ke tempat kejadian.

“Tindakan awal, bomba ialah melakukan pencarian di permukaan air di sekitar lokasi berkenaan.

“Berdasarkan maklumat saksi di lokasi kejadian, rakan-rakan mangsa cuba untuk mencari terlebih dahulu, apabila usaha mencari gagal, rakan mangsa memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa dan selepas itu barulah keluarga mangsa menghubungi bomba,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Advertisements

Menurutnya, ketika kejadian cuaca di kawasan tersebut adalah baik namun ketika pasukan bomba tiba hujan mulai turun dengan lebat dan menyebabkan paras air sungai meningkat.

Mohamadul Ehsan berkata keadaan itu menyebabkan operasi pencarian menjadi sukar dan ketika ini mangsa masih belum ditemui.

Dalam pada itu, Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) dalam catatan di akaun Facebooknya mengesahkan remaja itu adalah pelatih akademi itu untuk pemain Bawah 14 tahun.

Menurut AMD, ketika ini Muhammad Saiful Ezzudin dan semua pelatih bawah 14 dan 15 tahun akademi itu sedang bercuti semester dan berada di kampung halaman masing-masing dari 19 hingga 27 Mac ini.

“Usaha pencarian masih giat dijalankan oleh pihak polis dan bomba. Justeru itu, kami memohon doa dari semua agar dipermudahkan operasi pencarian yang sedang dijalankan serta semoga pelatih tersebut dapat ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.- Bernama

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan