28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 22, 2022

PN tawar RM200 untuk guru KAFA JAIM, atasi masalah trafik

Sekiranya Perikatan Nasional (PN) diberi mandat oleh pengundi Melaka untuk mentadbir negeri itu dalam PRN 20 November ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) menawarkan bayaran RM200 sekali bayar kepada guru tahfiz, Kelas al-Quran, Fardhu Ain (KAFA) dan tadika di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) jika berjaya membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan sama akan diberikan kepada anak-anak yang dilahirkan di Melaka bermula tahun ini sebagai insentif kepada rakyat dalam tempoh sukar sehingga memberi kesan kepada perbelanjaan menyambut kelahiran.

Menurut beliau, kedua-dua tawaran one-off itu adalah tunjang kedua dalam Ikrar PN yang memfokuskan keprihatinan kepada rakyat meliputi pelbagai aspek termasuk kesihatan mental dan jasmani, perumahan, kemudahan rekreasi dan pendidikan untuk setiap rakyat Melaka.

Menurut beliau, kerajaannya juga jika menang akan memastikan Melaka berada dalam kedudukan tiga negeri terbaik dalam pencapaian keputusan peperiksaan awam di negara ini.

“Selain itu, hab pendidikan latihan dan vokasional ataupun TVET akan diwujudkan di Melaka iaitu melalui kerjasama kementerian dan agensi berkaitan dan juga pihak swasta tempatan dan antarabangsa.

Baca juga:   Kanak-kanak 4 tahun hilang semasa mandi sungai

“Keprihatinan PN kepada rakyat adalah merangkumi semua lapisan masyarakat termasuk belia dan juga wanita melibatkan golongan suri rumah, ibu tunggal dan orang kelainan upaya dan pelbagai program bantuan kemahiran dan khidmat nasihat akan disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Ikrar Perikatan Nasional bagi PRN Melaka yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook hari ini.

Baca juga:   Shah Headan letak jawatan Lembaga Pengarah UPM

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan perhatian juga akan diberikan kepada koperasi usahawan wanita yang bergiat aktif perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Malah menurutnya, bagi meringankan impak pasca COVID-19, bayaran lesen perniagaan dan bayaran sewa tapak kepada penjaja dan peniaga kecil akan dikurangkan.

Selain itu, Muhyiddin turut menyatakan rintihan rakyat Melaka mengenai masalah banjir, bekalan air bersih, kesesakan trafik dan akses internet adalah antara perkara yang telah berlarutan sekian lama dan terpaksa diharungi oleh mereka tanpa penyelesaian yang kunjung tiba.

“Menyelami keperitan yang perlu dilalui oleh rakyat di negeri Melaka, PN berikrar akan memperkukuh penyediaan infrastruktur yang cekap, termasuk pembinaan dan naik taraf jalan serta naik taraf sistem saliran dan tebatan banjir.

“Pelan induk penyuraian trafik juga akan disediakan bagi melancarkan lalu lintas, terutama di kawasan tumpuan pelancong,” katanya.

Muhyiddin berkata, PN telah menyediakan Ikrar berteraskan enam tunjang utama, berpacukan 11 strategi dan berlandaskan 74 pendekatan.

“Ikrar yang ditawarkan ini bukan omongan kosong, mahupun janji bulan dan bintang,” katanya.

Baca juga:   UMNO tak pecat Ahli Parlimen sokong kerajaan PN

Enam tunjang tersebut adalah ekonomi, keprihatinan kepada rakyat, kerancakan sektor pelancongan, kelestarian alam sekitar, kecekapan infrastruktur dan keteguhan serta kejujuran pentadbiran motto ‘Melaka Bangkit Gemilang’.

-EDISI9

Terkini

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain...

Lagi Artikel Berkaitan