24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Jabatan Kesihatan Selangor keluar amaran penyakit kolera

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

JABATAN Kesihatan Selangor telah mengeluarkan amaran penyakit taun atau kolera di negeri itu berikutan terdapat satu kes yang berlaku di daerah Petaling.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, kes kolera pertama itu melibatkan seorang warganegara Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan semua pejabat kesihatan daerah agar meningkatkan tindakan kawalan dan pencegahan dengan lebih berkesan mengikut garis panduan sedia ada.

Beliau turut mengarahkan semua pengamal perubatan melaporkan dengan serta merta kejadian kes kolera sama ada kes yang disyaki atau disahkan makmal kepada pejabat kesihatan daerah terdekat.

“Kegagalan melaporkan kes boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya menerusi satu pekeliling kepada semua pejabat kesihatan daerah di negeri itu bertarikh 12 November 2021.

Pekeliling tersebut mula tersebar menerusi media sosial hari ini.

Kolera berpunca daripada bakteria Vibrio Cholerae.

Dr Sha’ari turut mengarahkan sampel najis diambil bagi ujian kultur dan sensitiviti untuk kes yang disyaki kolera tersebut.

Advertisements

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan orang awam agar minum air yang telah dirawat atau dididihkan serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mencuci tangan.

Orang ramai juga diminta mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya mempunyai gejala kolera serta tidak mengambil makanan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

“Pihak pejabat kesihatan daerah diminta mempertingkatkan survelan Acute Gastroenteritis (AGE) di semua klinik,” katanya.

Kolera atau taun adalah penyakit enteris akut yang disebabkan oleh bakteria Vibrio Cholerae.

Gejala awal kolera adalah cirit-birit tanpa sakit (painless watery stool), loya dan muntah serta boleh membawa kepada dehidrasi, circulatory collapse dan juga kematian.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi twitternya mengesahkan perkata itu dan memaklumkan bahawa maklumat lanjut akan dikeluarkan kemudian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan