27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bot nelayan ditahan langgar syarat sah lesen

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan kelas B1 bersama seorang tekong warga tempatan dan lima kru warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak semalam kerana melanggar syarat sah lesen.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bor tersebut ditahan pada 8.2 batu nautika barat laut Pulau Pangkor, Perak pada sekitar pukul 4.34 petang.

Beliau berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan oleh pasukan operasi KM Marlin ketika sedang melakukan rondaan rutin menerusi di perairan Perak.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu dikendalikan seorang tekong warga tempatan bersama lima orang kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 25 hingga 48 tahun.

“Tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran.

Selain itu kata meneliau, kes turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui.

“Kesemua nelayan ditahan, bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Polis Marin Kampung Acheh dan diserah kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia menegaskan kepada komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan