29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Gantung lesen jika jual benih padi sah lebih harga maksimum

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGELUAR, pemborong dan peruncit berdepan tindakan digantung atau dibatalkan lesen sekiranya menjual benih padi sah melebihi harga maksimum kepada peruncit.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, pengeluar atau pemborong hendaklah memastikan penjualan benih padi sah tidak melebihi daripada kuota yang telah diberikan.

“Harga yang dijual kepada peruncit tidak melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu RM31 per kampit 20 kilogram (kg) jualan benih di pintu kilang manakala harga maksimum RM32 per kampit 20kg termasuk pengangkutan. 

“Bagi jualan benih padi sah pada peringkat runcit kepada pesawah hendaklah dijual tidak melebihi harga maksimum iaitu RM35 per kampit 20kg,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, bekalan benih padi sah hanya dikeluarkan oleh pengeluar benih padi sah yang dilantik oleh kerajaan. 

Ujarnya, ia mempunyai mekanisma kawalan ke atas pengeluaran dan pemasaran seperti yang telah termaktub di dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Bilangan 1/2021: Kawalan Kerajaan Ke Atas Pengeluaran Dan Pemasaran Benih berkuatkuasa 11 November 2021.

“Kegagalan untuk melaksanakan arahan ini dan mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], kementerian melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak untuk membatalkan atau menggantung setiap lesen yang telah dikeluarkan.

“Sebarang maklumat atau aduan berhubung isu berbangkit mengenai harga dan juga bekalan benih padi sah di pasaran, aduan secara rasmi boleh dikemukakan di portal aduan di pautan https://skpb.kpkm.gov.my/adu, menerusi e0mel rasmi ([email protected]) atau menghubungi talian 03-88701751/1748/1183,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan