Tuesday, July 21, 2026

Zahid arah RISDA tidak lagi jual kayu balak getah secara mentah

Mesti Baca

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) agar tidak lagi menjual kayu balak daripada pokok getah secara mentah.

Sebaliknya, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mahukan agar pokok-pokok gertah tersebut dirawat agar menjadikannya kayu balak bernilai tinggi dan mampu memenuhi permintaan industri perabot luar negara.

“Saya mengarahkan supaya 40,000 hektar tanaman semula getah dilakukan setiap tahun, tetapi kayu getah ini mestilah dirawat terlebih dahulu supaya harganya mahal dan pada masa yang sama daya tahan lebih, dan ini sesuai dengan permintaan pasaran perabot di luar negara.

“Ini antara langkah yang bakal memberi pulangan berganda kepada pekebun dan membuka lebih banyak peluang ekonomi luar bandar,” katanya ketika melancarkan Karnival RISDA Madani (KARRISMA) Zon Utara 2025 di Bagan Datuk, Perak hari ini.

Zahid berkata, di Muar ada zon industri perabot dan mengikut laporan, nilai eksport perabot melebihi RM85 bilion dan lebih 70 peratus bahan ini datang daripada kayu getah.

“Kita meminta RISDA mencari benih pokok getah yang dapat menghasilkan kayu balak getah yang bersesuaian dengan industri perabot,” katanya.

Sementara itu, beliau memuji langkah RISDA yang telah mengetengahkan inovasi baharu menerusi penghasilan minyak biofuel daripada sekerap getah.

Beliau berkata, inovasi tersebut bukan sahaja dibuktikan secara saintifik oleh Jabatan Kimia, malah telah diuji berjaya pada pelbagai mesin dan kenderaan.

“Saya telah menyampaikan sendiri geran penyelidikan sebanyak RM50,000 kepada kumpulan inovator ini. Saya yakin, sekiranya inovasi ini berjaya dikomersialkan, ia mampu meningkatkan permintaan getah sekerap sekali gus membawa pendapatan baharu kepada para pekebun kecil ini,” katanya.

KARRISMA 2025 di Bagan Datuk merupakan karnival ketiga anjuran RISDA selepas Kluang bagi Zon Selatan dan Kuantan untuk Zon Timur. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan