Thursday, July 23, 2026

PRK Ayer Kuning: Peratusan keluar mengundi rendah

Sehingga 4 petang SPR melaporkan jumlah mereka yang keluar membuang undi ialah sebanyak 54.01 peratus.

Mesti Baca

PERATUSAN pengundi yang keluar membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Tapah dijangka rendah atau kurang daripada 60 peratus.

Ini berdasarkan catatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka yang keluar membuang undi sehingg 4 petang ini ialah sebanyak 54.01 peratus.

Sebelum ini, kesemua 19 pusat mengundi melibatkan 63 saluran dibuka serentak 8 pagi bagi membolehkan 31,281 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini.

Sebanyak 18 pusat mengundi akan dibuka hingga 6 petang, kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal iaitu pada 4 petang.

Bernama melaporkan di beberapa pusat pengundian mendapati proses pengundian berjalan lancar dalam keadaan cuaca mendung pada awal pagi, namun beransur cerah menjelang tengah hari.

Selasa lalu, sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.

Pilihan raya ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek, dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS.

Pada PRU15, Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi selepas memperoleh 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon Pakatan Harapan (PH) (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan PSM (586). – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan