33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Pesawat Japan Airlines terbakar ketika mendarat

Mesti Baca

SEBUAH pesawat Japan Airlines terbakar di Lapangan Terbang Haneda Tokyo dan anggota bomba dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Japan Airlines memaklumkan, pesawat 516 terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang New Chitose, Hokkaido menuju ke Lapangan Terbang Haneda.

Menurut laporan NHK, api yang marak kelihatan menjulang keluar dari tingkap-tingkap dan bahagian atas pesawat ketika ia masih lagi dalam pergerakan, menurut laporan media tempatan dan imej yang kini tersebar di media sosial.

Advertisements

Dilaporkan, pesawat terbabit dipercayai terlanggar sebuah pesawat pengawal pantai Jepun sejurus mendarat di Lapangan Terbang Haneda.

Susulan insiden terbabit, semua pesawat yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang itu dilencongkan ke lokasi lain.

Berdasarkan data daripada Flight Radar, penerbangan yang dijadualkan tiba sebelum dan selepas 6.30 petang (waktu tempatan) semuanya diarahkan mendarat di lapangan terbang lain. – Agensi

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan