28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

AGX Group meterai perjanjian, jaminan dengan TA Securities

Mesti Baca

AGX Group Bhd (AGB) bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia apabila memasuki perjanjian penjaminan dengan TA Securities Holdings Bhd (TA Securities) bagi melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu.

IPO itu membabitkan penawaran awam sebanyak 96.5 juta saham biasa baharu dan tawaran jualan sebanyak 30 juta saham biasa sedia ada.

Daripada 96.5 juta saham penawaran awam, 21.65 juta akan ditawarkan kepada orang awam Malaysia melalui pengundian, 6.32 juta saham akan diperuntukkan kepada pengarah dan pekerja yang layak di AGB dan anak syarikatnya (AGX Group) manakala baki 68.53 juta saham akan diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur-pelabur terpilih.

Menurut perjanjian penjaminan, TA Securities akan menjamin jumlah keseluruhan 21.65 juta saham berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Eksekutif Kumpulan AGB, Datuk Ponnudorai Periasamy, berkata pemeteraian perjanjian penjaminan itu menandakan satu mercu tanda penting dalam perjalanan kumpulan untuk menjadi entiti yang disenaraikan.

Katanya, hasil daripada IPO akan digunakan untuk pengembangan perniagaan di dalam dan luar negara dalam bentuk penubuhan gudang dan pejabat baharu di Pulau Pinang serta Johor Bahru selain penubuhan pejabat baharu di Busan, Korea Selatan untuk memperluas kehadirannya di Korea Selatan.

“Sebahagian daripada hasil IPO juga telah ditetapkan untuk pembiayaan modal kerja, pembayaran pinjaman bank serta untuk belanja penyenaraian.

“Kami berharap bahawa status penyenaraian pada masa depan akan lebih mengukuhkan kehadiran serantau sambil memberikan lebih banyak kredibiliti kepada perkhidmatan yang kami sediakan seperti perkhidmatan logistik aeroangkasa.

Advertisements

“Pelanggan sedia ada dan sasaran kami adalah syarikat penerbangan di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

AGB bertindak sebagai syarikat induk yang mana, melalui anak-anak syarikat, AGX Group, secara prinsip adalah penyedia perkhidmatan logistik pihak ketiga (3PL) dengan perkhidmatan merangkumi penghantaran laut dan udara, logistik aeroangkasa, penyimpanan dan 3PL lain, dan perkhidmatan pengangkutan jalan.

AGX Group menyediakan perkhidmatan untuk membantu penghantar atau penerima mengangkut barang dari titik asal ke destinasi akhir mereka.

Kumpulan itu mempunyai kehadiran fizikal di Malaysia, Filipina, Korea, Myanmar, Singapura dan Kemboja (melalui rakan kongsi).

Perkhidmatan logistik aeroangkasa kumpulan menyumbang kepada pertumbuhan perniagaannya dan membezakannya daripada syarikat-syarikat logistik lain.

Perkhidmatan logistik aeroangkasa ini membabitkan pengorganisasian pengangkutan udara untuk bahagian, komponen, dan peralatan pesawat.

Selain menjadi penjamin tunggal IPO AGB, TA Securities juga adalah penasihat utama, penaja, dan ejen penempatan untuk penyenaraian itu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan