25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bella dan rakan-rakan dirai isteri TMJ di Legoland

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ISTERI Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam berjumpa dengan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom Down dikenali sebagai Bella di Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland), Johor Bahru hari ini.

Che’ Puan Besar Khaleeda dalam satu hantaran di laman Instagramnya berkata, ia merupakan satu penghormatan besar dapat bertemu Bella bersama rakan-rakannya.

“Adalah satu penghormatan besar untuk saya bertemu Adik Bella serta rakan-rakannya.

“Semoga Adik Bella, rakan-rakan dan juga sekalian kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Che’ Puan Besar Khaleeda pernah memaklumkan sedia membantu Bella mendapatkan keadilan yang sewajarnya selepas remaja itu didakwa menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor dalam satu hantaran di Facebook menzahirkan harapan agar kanak-kanak ini menikmati masa mereka sepanjang berada di Legoland.

“Semoga ini dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka. Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan