32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

25 guru menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin telah menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s kepada 25 guru yang terpilih menerima pengiktirafan tersebut.

Kesemua penerima anugerah telah dinilai menerusi kisah unik tersendiri yang turut menyentuh tentang elemen dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA.

Seperti seronok, empati dan eksplorasi yang pastinya memberi inspirasi bukan sahaja kepada murid tetapi juga orang sekeliling.

Beliau yang mengucapkan tahniah kepada semua penerima berkata, sebagai insan berjiwa pendidik, pastinya guru-guru tidak mengharapkan penghargaan atau pujian atas khidmat bakti yang dicurahkan seikhlas hati untuk mendidik anak-anak generasi pewaris negara.

“Namun, pemberian anugerah ini pastinya memberi kenangan yang cukup manis buat guru atau lebih mesra dengan panggilan cikgu, teacher, ustaz ataupun ustazah yang sentiasa berikhtiar memberikan yang terbaik untuk anak didik masing-masing.

“Keprihatinan dan kesungguhan guru bukan hanya meningkatkan motivasi murid malah turut menjadi inspirasi untuk dikongsikan kepada orang lain,”katanya selepas menyempurnakan Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s menerusi perkongsian di Facebook beliau.

Seramai 25 guru menerima anugerah AGI McDonald’s pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok, Kelantan.

Dr Radzi menyampaikan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s kepada penerima sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok, Kelantan.

Katanya, sebagai bekas pensyarah dan anak kepada seorang guru, beliau cukup memahami bahawa mereka yang bergelar pendidik ini hanya ingin melihat anak didik memahami dan menghayati apa yang diajar.

“Dari situ, terhasillah pelbagai pendekatan dan inovasi bagi mewujudkan keseronokan untuk belajar dan mendekatkan anak-anak dengan sekolah.

“Saya yakin ramai guru kita telah mengambil pendekatan serupa dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik.

“Teruskan usaha murni cikgu-cikgu semua untuk memartabatkan pendidikan negara dan seterusnya turut menjadi inspirasi buat yang lain.

“Tahniah dan terima kasih cikgu!,” ujar Dr Radzi.-Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan