26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemandu halang laluan ambulans ada masalah pendengaran

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMANDU sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang disyaki menghalang laluan ambulans di Kilometer 292 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini ditahan hari ini.

Polis sebelumnya memanggil pemandu dan pemilik SUV itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kenderaan terlibat berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kampar.

Katanya, hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan berusia 62 tahun itu mengalami masalah pendengaran ‘Tinnitus-Acoustic Neuroma’ sejak tiga tahun lalu.

“Lelaki itu juga masih menerima rawatan lanjut daripada pakar berkaitan penyakit berkenaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pemandu kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan rasa kesal selain tidak menyangka masih ada pemandu yang enggan memberi laluan kepada ambulans.

Dr Noor Hisham berkongsikan satu video daripada Dashcam Owner Malaysia di Facebook, yang memaparkan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V menghalang laluan ambulans walaupun siren telah lama dibunyikan.

Video berdurasi 37 saat itu tular selepas dimuat naik pengguna media sosial di laman Facebook semalam memaparkan SUV itu enggan memberi laluan kepada ambulans hingga memaksa pemandu ambulans ‘beralah’ dan beralih ke lorong kiri.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan