34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Anggota polis guna talefon bimbit ketika memandu disaman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS telah mengenakan tindakan saman terhadap anggotanya yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta Proton Preve di Lebuh Raya Persekutuan menghala Petaling Jaya pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video tular berdurasi 14 saat memaparkan insiden terbabit.

Menurut beliau, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 9 pagi semalam.

“Anggota polis terlibat telah dipanggil untuk siasatan dan saman telah dikeluarkan terhadap pemandu tersebut di bawah Kaedah 17(A) LN 166/59,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin menyatakan, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Advertisements

“Kita tidak akan berkompromi terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika menjalankan tugas,” ujarnya lagi.

Terdahulu, video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial semalam memaparkan anggota polis menggunakan alat komunikasi (telefon pintar) ketika memandu.

Susulan itu, orang ramai meminta tindakan tegas sama seperti orang awam diambil terhadap anggota polis berkenaan kerana melanggar undang-undang jalan raya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan