Sunday, July 19, 2026

Keluarga Sanggi bersatu dalam kepelbagaian etnik, agama

Mesti Baca

SANGGI atau Sagi merupakan etnik Dusun Tindal dalam rumpun Kadazandusun namun zuriatnya berkembang kepada tiga etnik terbesar iaitu Bajau, Kadazandusun dan Iranun.

Ini berikutan berlakunya perkahwinan campur dalam kalangan generasi sebelumnya yang dianggarkan sejak 150 tahun lalu.

Walaupun susur galur keturunannya berbilang etnik dan berbeza agama namun hubungan kekeluargaan mereka berkekalan sehingga ke hari ini.

Bagi mengeratman hubungan antara kaum keuarga dab keturunan mereka, satu perhimpunan Keluarga Sanggu telah diadakan di Kampung Labuan, Kota Belud, Sabah baru-baru ini.

Pengerusi Keluarga Sanggi, Badery Suod berkata, tiga anak Sagi memilih untuk memeluk Islam iaitu Gebak@Lebak, Selungkoi@Ekoi dan Yakoi@Indoi, manakala tiga lagi kekal dengan agama asal mereka.

Beliau berkata, zuriat Gebak Sanggi majoritinya menetap  di Kampung Tamau, Lilud, Pintasan, Kayu Putih dan Rampayan Ulu di Kota Belud dengan majoritinya beretnik Iranun.

Manakala keturunan Solungkoi pula sebahagian besar menetap di Kampung Labuan, Jawi-Jawi dan Lebak Engad di Kota Belud selain di Bengkongan, Kota Marudu; Kanibongan, Pitas dan Darau, Menggatal dengan majoritinya Bajau Sama.

Sebahagian keluarga Gebak yang hadir pada Hari Keluarga Sanggi di Kota Belud, Sabah baru-baru ini.

“Keturunan Yakoi @ Indoi pula majoritinya menetap di Kampung Pantai Emas dan kebanyakannya Iranun. Walaupun berbeza kaum dan agama, namun hubungan kekeluargaan kami berkekalan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Ini merupakan kali kedua diadakan Hari Keluarga Sanggi sebagai platform penyatuan keluarga besar keturunan etnik tersebut.

Sementara itu, Penasihat Keluarga Sanggi, Ladim Abdul Rahman berkata, tiga lagi anak Sanggi memilih kekal tinggal di Kampung Rosok, iaitu kampung asal mereka.

“Mereka adalah keturunan Tingangau, Tianggah dan Sanggong yang berbangsa Dusun Tindal, iaitu kaum asal moyang kami sebelum berkembang kepada etnik Bajau Sama dan Iranun,” katanya yang berketurunan Iranun.

Bagi Laimin Lihanan yang berbangsa Dusun Tindal, hubungan kekeluargaan perlu dipertahankan walaupun berbeza kaum dan agama.

“Kebanyakan jurai keturunan Sanggi @ Sagi sekarang adalah generasi ketiga dan keempat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan