25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Anwar… Tokoh yang dipandang kecil di negara sendiri

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

TERSIAR dalam Berita Harian (BH) pada 24 September 2023 yang lalu tulisan Andi Suwirta, Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Sejarah, Universitas Pendidikan Indonesia bertajuk, “Rakyat Indonesia nobatkan Anwar ‘Sukarno Besar’ di pentas UNGA”.

Sungguh besar sanjungan mereka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di negara sendiri Anwar disambut dingin dan dicemuh oleh golongan “parti lebai”. Kata mereka, beri khutbah di New York pun nak heboh, di sini kita tiap minggu bagi khutbah tak kata apa pun.

Apakah sama memberi khutbah dalam bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu?

Apakah sama berkhutbah di Mesjid Alor Setar dengan Masjid di New York? Apakah sama makmum di Masjid Alor Setar dengan di Masjid New Yokr?

Jawapan kepada ketiga-tiga soalan itu berbeza, malah kalau dibandingkan kemajuan di Malaysia dengan di Amerika Syarikat sangat jauh berbeza.

Itulah pencapaian hebat Perdana Menteri yang tidak nampak di mata seorang pembesar negeri di utara Malaysia. Sungguh aneh dan mengecewakan.

Selagi ada hati yang tidak baik dan masih sakit, semua yang dibuat oleh Anwar pada mata mereka yang agak kelabu itu akan selalu disertai dengan cara memperlekehkan dan memperkecilkan setiap usaha beliau bagi membangun negara Malaysia Madani.

Advertisements

Pembesar empat negeri itu eloklah membangun negeri masing-masing daripada asyik mereka cipta fitnah yang akhirnya nanti memakan diri sendiri.

Sejak Anwar dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November 2022, maka setiap rakyat Malaysia mestilah menghormati beliau sebagai Perdana Menteri bagi negara ini.

Beliau tidak boleh diperlekehkan atau dihina ataupun diperkecilkan kerana beliau ialah Perdana Menteri kita semua.

Perkara yang sebaliknya berlaku di Malaysia, beliau tidak dihormati di Malaysia oleh segelintir manusia yang merasa diri maksum (tak bersalah), tetapi dikagumi dan dihormati di seluruh dunia.

Beliau telah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik oleh pihak luar, tetapi dipandang sepi di dalam negara.

Setelah pilihan raya umum atau negeri sepatutnya kita membetulkan dan menyamakan saf bagi memajukan Malaysia dalam segala bidang.

Ini termasuk memperkemaskan akhlak dan budi bahasa masyarakat, tetapi akhlak telah diketepikan demi ketaksuban kepada parti yang belum tentu benar arahnya. Fitnah tersebar di mana-mana atas nama agama.

Siapa pun yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja mesti dihormati kerana kita menggunakan system tersebut.

Kalau tidak bersetuju bermakna tidak kita menghormati institusi Raja-raja Melayu dan sekaligus tidak menghormati Perdana Menteri yang dilantik secara sah.

Semoga timbul kesedaran untuk bersangka baik terhadap Perdana Menteri dan memberikan masa kepada beliau untuk membuktikan kepemimpinan beliau.


Penulis adalah mantan Profesor Madya Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang yang aktif menulis.
Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan