30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

AFC perkenal ACLE bermula 2024/25

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) menyusun semula struktur kejohanan kelab di Asia dengan memperkenalkan tiga kejohanan baharu termasuk Liga Juara Juara Elit Asia (ACLE).

Keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC kali kedua secara maya hari ini yang dipengerusikan Presiden, Sheikh Salman Ibrahim Al Khalifa hari ini.

AFC berkata, pengenalan konsep baharu kejohanan itu akan menambah bilangan penyertaan kepada 76 kelab sekali gus meningkatkan lagi pertumbuhan bola sepak di rantau ini.

“Kejohanan tertinggi kelab Asia terdiri daripada 24 kelab terbaik dan dinamakan ACLE.

“Sementara 32 kelab di peringkat kedua akan dikenali sebagai Liga Juara Juara Asia 2 (ACL2) dan peringkat ketiga pula melibatkan penyertaan 20 kelab dan dikenali sebagai Liga Cabaran Asia (ACGL),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

AFC turut akan memperkenalkan kejohanan Liga Juara Juara Wanita Asia pada musim 2024/25 susulan kejayaan dua kejohanan percubaan, Piala Kelab Wanita Asia pada 2021 dan 2022.

“AFC meletakan harapan agar kelab dan pemain menyinar menerusi penganjuran kejohanan berkelas dunia.

“Kami percaya bahawa kami bertanggungjawab dalam memberi penghargaan atas kejayaan kelab dengan meningkatkan ganjaran wang kemenangan.

“Selain itu, kami yakin strategi penyusunan semula struktur dan model kejohanan mampu meningkatkan intensiti, kedudukan dan kualiti perlawanan kelab di Asia,” kata Sheikh Salman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan