24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Malaysia minta bantuan AFC nilai keberkesanan NFDP – Hannah

Mesti Baca

MALAYSIA mendapatkan khidmat bantuan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk melakukan penilaian semula keberkesanan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) yang dikendalikan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeo berkata, langkah tersebut bagi membolehkan penambahbaikan dapat dilakukan.

Beliau berkata, ia hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Hannah berkata, dalam pertemuan itu Perdana Menteri menuntut FAM menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya.

“Tuntutan itu dikemukakan sebagai balasan kepada komitmen Kerajaan yang bersetuju memberi peruntukan RM15 juta untuk membantu usaha memperkasakan pasukan kebangsaan, termasuk skuad bawah 23 tahun kebangsaan,” katanya hari ini.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Advertisements

Sebelum ini Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkukuhkan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya sebagai gergasi  Asia.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, RM10 juta akan disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan manakala RM5 juta hasil komitmen pihak swasta. 

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan Harimau Malaya dapat menjamin kebajikan pemainnya serta menggajikan barisan pengurus dan jurulatih terbaik. 

Hannah berkata, dalam pertemuan itu Perdana Menteri mengingatkan bahawa peruntukan itu akan dipantau secara berkala oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Perdana Menteri juga memaklumkan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan ekosistem sukan negara dan peruntukan yang disalurkan untuk Harimau Malaya ini tidak akan mengurangkan peruntukan yang disalurkan kepada sukan-sukan lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan