23.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Pensijilan halal kekal sukarela tetapi digalakkan – Zahid

Mesti Baca

JEMAAH Menteri bersetuju untuk mengekalkan dasar permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bersifat sukarela sepertimana telah dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta majlis dan jabatan agama Islam negeri (MAIN/JAIN) sejak 1974 lagi.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad. Zahid Hamidi berkata, dasar sedia ada itu kekal dan ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia. 

Beliau berkata, melalui SPHM yang diperolehi tersebut, ia akan memberi nilai tambah kepara industri atas komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal. 

“Justeru, Jakim menggesa pemain industri agar memohon SPHM memandangkan ia boleh memberi jaminan dan menarik pelanggan beragama Islam untuk makan tanpa keraguan di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Zahid berkata, bagi menggalakkan pihak industri memohon SPHM khususnya dalam kalangan industri mikro dan kecil (PMKS), pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi-agensi pembimbing usahawan di peringkat persekutuan, negeri dan swasta telah menawarkan pelbagai insentif dan inisiatif.

Katanya, ini termasuk dalam bentuk latihan dan bimbingan serta geran kepada pihak industri untuk memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan boleh dipersijilkan halal.  

“JAKIM juga telah memperkenalkan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia untuk mempercepatkan pengurusan pensijilan halal Malaysia dalam tempoh 30 hari dan statistik menunjukkan di antara Januari hingga Julai 2024, 96 peratus permohonan berjaya diuruskan dalam tempoh 30 hari tersebut. 

Advertisements

“Usaha proaktif ini berupaya menjadi salah satu tarikan kepada pihak industri untuk memohon SPHM,” kata Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia.

Beliau berkata Jakim dan MAIN/JAIN sentiasa komited untuk terus memperkemas polisi dan dasar sedia ada demi menambah baik pengurusan pensijilan halal dan sistem penyampaian perkhidmatan pensijilan halal dari semasa ke semasa.

Ini bagi memastikan pensijilan halal Malaysia terus diyakini dan kekal sebagai rujukan dunia.  

Kata Zahid, Jakim akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kesedaran semua pihak tentang kepentingan serta kebaikan sijil halal Malaysia dalam industri makanan dan perniagaan. 

“Pada masa sama, Jakim dan MAIN/JAIN juga akan bertindak tegas kepada individu atau mana-mana pihak yang cuba memalsukan SPHM demi memastikan kualiti dan standard pensijilan halal Malaysia sentiasa terpelihara. 

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) komited untuk terus memperkukuh pengurusan pensijilan halal Malaysia demi kepentingan dan kebaikan untuk negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan