28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Wan Rosdy nafi pertikai pelantikan MB NS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan sekeras-kerasnya satu poster yang tular di media sosial kononnya beliau mempertikaikan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Wan Rosdy berkata, tindakan itu merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang cuma memecahbelahkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Harapan (PH)

“Ia juga mencalar imej saya selaku Menteri Besar Pahang dan Naib Presiden UMNO.

“Malah, gabungan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di Pahang masih lagi kukuh dalam terus mentadbir Negeri Pahang sehingga hari ini,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang turut menyeru kepada semua pihak agar hentikan berpolitik dan sebarkan fitnah serta kebencian.

Advertisements

“Cukup-cukuplah berpolitik 24 jam dan hentikanlah menyebar fitnah kebencian yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan kita semua,”katanya.

Terdahulu, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini.

Aminuddin, 56, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini kira-kira jam 4.15 petang.

Keputusan PRN Negeri Sembilan pada Sabtu menyaksikan gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN manakala PN, lima kerusi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan