25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PRN: PH-BN lulus ujian pertama dengan baik – Azalina

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya melepasi ujian pertama kesefahaman gabungan itu dengan baik pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lalu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia diperkukuhkan lagi apabila PH-BN berjaya meraih 49.58 peratus iaitu 3,399,472 undi berbanding Perikatan Nasional (PN) yang ketinggalan 17,000 undi pada 3,382,455 (49.33 peratus).

“Berpuluh tahun sebagai seteru, hanya lapan bulan terbentuk kerjasama, julung kali disatukan di pentas pilihan raya, dan ia berjaya dilalui serta meraih keputusan yang unik dan positif di peringkat akar umbi.

“Seperti kita maklum, yang menang tak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

“Gabungan perpaduan ini juga berjaya mengekalkan status quo di tiga negeri dan BN yang sebelum inI bukan sebahagian dari kerajaan negeri sudah menjadi sebahagian pembentukan kerajaan negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Pada PRN yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan PH-BN mengekalkan penguasaan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Selangor sementara PN pula kembali menerima mandat di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, masa yang panjang pasti akan memanfaatkan semua peringkat dalam memastikan penjajaran serta kefahaman dapat dibentuk dengan lebih kukuh pada masa akan datang.

Justeru itu, kata beliau, banyak yang perlu diperhalusi terutama dalam mengenali calon-calon dan memeterai kesefahaman dalam gerak atur kerja di peringkat akar umbi, selepas lapan bulan bergabung.

“Penjajaran bagi bergerak bersandarkan satu hala tuju bukan mudah apatah lagi dalam tempoh yang singkat namun ia beriaya direalisasikan dan mampu dipertingkatkan lagi pada masa hadapan.

“Tiada keperluan untuk mending jari, sebaliknya kita perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran satu hala tuju iaitu bertunjangkan aspirasi perpaduan perlu diperjelaskan lagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan