26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

United tewas, Arsenal garang belasah Barcelona

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN berbeza dicatatkan dua wakil Inggeris dalam aksi persahabatan pramusim di Amerika Syarikat (AS) menentang dua kelab Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona pagi tadi.

Manchester United yang dibimbing Erik ten Hag tumpas 0-2 kepada Real Madrid hasil jaringan dua rekrut baharu, Jude Bellingham dan Joselu.

Pembelian baharu musim panas dari Inter Milan, Andre Onana diturunkan buat kali pertama selepas menyertai kelab itu dengan yuran perpindahan RM284.8 juta.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kedua United selepas semalam, skuad remaja Red Devils ditewaskan kelab divisyen dua, Wrexham 3-1 di San Diego.

Sementara itu, Arsenal pula garang ketika beraksi di Stadium Sofi di Los Angeles apabila membenam cabaran Barcelona 5-3.

Advertisements

Skuad bimbingan Xavi Hernandez mendahului seawal minit ketujuh menerusi sentuhan penyudah Robert Lewandowski sebelum Bukayo Saka menyamakan kedudukan pada minit ke-13.

Skuad Catalan itu kembali di depan pada minit ke-34 hasil jaringan pemain sayap, Raphinha namun Kai Havertz tampil menyamakan kedudukan 2-2, dua minit sebelum rehat.

Anak buah Mikel Arteta terus garang di babak kedua apabila pemain sayap, Leandro Trossard meledak dua gol memastikan The Gunners selesa dua gol di depan.

Bagaimanapun, Ferran Torres kembali merapatkan jurang pada minit ke-88 tetapi titik kebangkitkan Barcelona dipadamkan oleh jaringan Fabio Vieira selang satu minit kemudian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan