Sunday, June 14, 2026

Isteri Remy Ishak selamat lahirkan cahaya mata sulung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKON terkenal, Remy Ishak memaklumkan isterinya, Ezza Yusof telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada jam 11.17 pagi tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah… Isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik.

“Terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah,”tulisnya.

Menerusi hantaran berbeza, pelakon drama Lelaki Kiraman Tuhan itu turut berkongsi detik isterinya sedang menahan sakit menunggu masa untuk bersalin.

Dalam rakaman itu, Remy turut memberikan kata-kata semangat agar urusan bersalin Ezza berjalan lancar dan dipermudahkan.

Mac lalu, Remy mengesahkan isterinya sedang hamil lima bulan.

Remy berkahwin dengan Ezza pada 21 Ogos 2021. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan