26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Laluan arah barat masih lagi ditutup, laluan kontra diaktifkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LALUAN arah barat menghala ke Kuala Lumpur, masih lagi ditutup susulan kejadian jalan mendap di Kilometer (KM) 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Sehubungan dengan itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, syarikat konsesi telah mengaktifkan laluan kontra menghala ke ibu negara di kawasan terlibat iaitu di KM 67.95 hingga KM65.9, bermula jam 10.15 pagi tadi.

“Saya dimaklumkan buat masa ini, laluan ke arah timur sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan, namun laluan arah barat (menghala ke Kuala Lumpur) masih ditutup.

“Justeru, semua kenderaan boleh melalui Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak untuk ke Kuantan dan Kuala Lumpur,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kelewatan pembukaan semula semua laluan di kawasan itu terpaksa dibuat demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Advertisements

“Walaubagaimanapun, saya sentiasa mengikuti perkembangan ini dengan rapat dan meminta pegawai, jabatan dan agensi terlibat supaya melaporkan kepada saya dari masa ke masa.

“Saya ingin menegaskan, keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan saya dan Kementerian ini.

“Bagi pihak Kementerian, saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang telah bekerja tanpa henti demi memastikan kerja-kerja membaik pulih jalan ini dapat disegerakan tanpa menjejaskan kualiti serta mengutamakan aspek keselamatan,”katanya.

Terdahulu, laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut, kelmarin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan