27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Intan Najuwa sah bergelar isteri ahli perniagaan

Mesti Baca

DENGAN sekali lafaz, pelakon popular Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, pada jam 6.45 petang tadi.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26, selamat dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Datuk Dr Nooh Gadot di majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort di Pantai Desaru, Johor.

Dalam majlis yang bertemakan empat unsur alam ini, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000.

Angka 2 menjadi pilihan sebagai lambang tempoh 2 tahun perkenalan antara Intan dan juga Mohd Asraf.  

“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga. Walaupun sudah bergelar isteri, saya akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan juga pengajian serta perniagaan saya sekarang.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi daripada awal kerjaya saya sehingga hari ini,” kata pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu.

Advertisements

Dalam majlis itu juga, kedua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo yang bernilai RM 40,000 bagi sesi pernikahan.

Manakala untuk acara bersanding dan potong kek, pasangan itu menggayakan rekaan daripada Teh Firdaus  dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.

Majlis yang dikendalikan oleh Rimbunan Events & Whitebox ini telah berlangsung secara sederhana dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.

Intan telah membuat segala persiapan selama sebulan dan pemilihan tarikh 18 Ogos ini juga sebagai simbolik tarikh kerana ianya juga adalah tarikh kelahiran Intan sendiri.

Sementara itu, majlis resepsi kedua bertemakan tradisional bakal berlangsung di Rimbunan Event Space, Johor Bahru, malam esok.

Pelakon drama bersiri Jesnita itu menzahirkan rasa syukur dan juga mengucapkan jutaan terima kasih buat semua tetamu yang hadir pada hari bahagianya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan