31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Tautkan ukhuwah, kukuhkan perpaduan selepas PRN – Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua pihak mempertautkan ukhuwah dan memperkukuhkan perpaduan selepas enam pilihan raya negeri (PRN) berakhir.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, tumpuan perlu diberikan untuk membangunkan negeri dan negara secara bersama

“Telah selesai Pilihan Raya enam negeri, kini tiba masanya untuk kita mempertautkan ukhwah (persaudaraan) dan kukuhkan perpaduan yang bertujuan untuk membangunkan negeri dan negara secara bersama.

Presiden UMNO itu turut berkongsi ayat 10, surah al-Hujurat yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

“Jadikanlah firman Allah SWT yang saya kongsikan ini sebagai satu pegangan dan landasan utama untuk kita kembali bertaut setelah baru selesai fasa memilih wakil kepada rakyat untuk meggalas amanah yang diberikan.

Advertisements

“Ini masanya untuk kita berganding bahu membangunkan kehidupan yang harmoni dengan semangat saling hormat menghormati, berempati dan menjaga hak serta keadilan agar tertegaknya sebuah negara yang stabil dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, Islam menganjurkan kita untuk berlapang dada dan mencari damai agar kita bersatu mengerah segala kudrat dan tenaga untuk bergerak secara kolektif dalam mewujudkan perubahan positif yang menyumbang ke arah kebaikan bersama.

“Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar wujudnya kesepakatan dan lahirnya kesepaduan di dalam meneguhkan perpaduan agar terbinanya sebuah negara yang beroleh keberkahan-Nya dan Malaysia terus berada di bawah lindungan rahmat-Nya,” jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Pada PRN di enam negeri Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan