28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Sindiket penjualan peti android Astro penstriman haram tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menumpaskan sindiket penjualan peti android disyaki mengandungi penstriman haram dengan penahanan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah premis yang di Puchong, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya bertindak atas risikan dan maklumat yang diperolehi sebelum menggempur premis itu dalam satu operasi semalam.

“Hasil serbuan polis komersil Bukit Aman berjaya menahan seorang wanita tempatan berusia 29 tahun yang sedang khusyuk menjual peti android disyaki penstriman haram.

“Siasatan juga mendapati, peti Android yang dijual suspek berusia 29 tahun itu kepada pelanggan sebenarnya mengandungi salinan langganan Astro secara haram,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Ramli, operasi berkenaan yang disertai oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Astro turut menjalankan pemeriksaan lanjut di premis suspek itu.

“Hasil pemeriksaan berjaya membawa kepada penemuan dan rampasan enam unit peti Android berjenama SVI9S yang tidak mempunyai rekod perakuan Institut Penyelidikan Standard dan Industri Malaysia (SIRIM).

Advertisements

“Turut dirampas daripada suspek wanita itu adalah wang tunai berjumlah RM500 dan sekeping resit pembelian peti Android disyaki mengandungi penstriman haram itu,”katanya.

Menurut Ramli, siasatan polis juga mendapati sindiket berkenaan membuat penjualan peti Android secara terus kepada pembelinya di premis perniagaan mereka.

Malah katanya, siasatan lanjut mendapati salinan siaran Astro hanya akan dimuat turun ke dalam peranti yang dijual oleh sindiket kepada pelangan berdasarkan permintaan sahaja.

“Sindiket berkenaan mengenakan bayaran berjumlah RM468 bagi setiap peranti yang dijual kepada pelanggannya.

“Sehubungan dengan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 43AA Akta Hakcipta 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM200,000 atau hukuman penjara maksimum 20 tahun atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan,”katanya.

Dalam pada iti beliau berkata, penjualan dan pembelian kandungan penstriman haram merupakan satu kesalahan dan orang ramai diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang urusniaga berkaitan perkara sebegini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan