32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

‘Memory puck’ dihantar ke AS hari ini – Anthony Loke

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KOTAK perakam suara kokpit (CVR) yang mengandungi memory puck akan dihantar ke makmal pengilang asal pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Florida, Amerika Syarikat (AS), Isnin ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, memory puck tersebut akan dibawa Ketua Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang akan berlepas ke AS hari ini untuk diekstrak dan dianalisa di sana.

Menurut Anthony Loke, proses menganalisa data dijangka dibuat seawal pagi Isnin (waktu AS) kerana segala persiapan telah dilakukan di makmal pengilang peralatan asal (OEM) CVR tersebut.

“Ketua BSKU akan berlepas ke Florida pada 7 petang ini, sebab beliau baharu mendapat kelulusan visa baru pagi tadi dan beliau dijangka berada di AS beberapa hari ini.

“Pada pagi Isnin, beliau bersama pasukan makmal OEM akan membuka memory puck CVR tersebut, untuk mengekstrak data dan dianalisis dan kemudiannya pulang untuk membuat laporan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu negara, hari ini.

Kotak CVR tersebut terpaksa dihantar ke Florida susulan makmal di negara ini dan Singapura gagal mengeluarkan rakaman suara 30 minit terakhir penerbangan daripada memory puck tersebut.

Dalam pada itu, Anthony Loke meminta semua pihak tidak membuat sebarang rumusan berhubung peluang mendapatkan data kerana keadaan CVR itu yang rosak teruk.

“Jangan buat apa-apa rumusan sekarang. Kita cuba usaha yang terbaik dengan pergi ke makmal OEM untuk mengesktrak data.

“Jadi sebelum kita sampai ke makmal tersebut, saya harap tiada rumusan diputuskan oleh mana-mana pihak, kerana kita komited dengan tugas dan tanggungjawab dalam mencari punca nahas,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pau Marti bakal ucap ‘adios’ kepada skuad Harimau Malaya

PIALA Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan bermula Ahad ini bakal menjadi tugasan terakhir Pau Marti Vicente sebagai Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan